Bismillah.

-@-

BISMILLAH ..

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk Makrifat (mengenal padanya), maka jangan menghiraukan soal ilmumu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu melainkan Dia akan memperkenalkan diri kepadamu. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Makrifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah SWT kepadamu, sedangkan amal perbuatanmu hadiah daripadamu, maka dimanakah letak perbandingannya antara hadiahmu dengan pemberian kurniaan Allah SWT kepadamu .

PENJELASAN :

Ibnu ‘Atha’illah menasihatkan bahawa Makrifat (mengenal) kepada Allah SWT itu adalah puncak keuntungan seorang hamba. Maka apabila Tuhan telah membukakan bagimu suatu jalan untuk mengenal kepada nya, maka tidak usah kau menghiraukan berapa banyak amal perbuatanmu, meski pun masih sangat sedikit amal kebaikkan mu, sebab Makrifat itu suatu kurnia pemberian langsung dari Allah SWT, maka ia sekali- kali tidak tergantung kepada banyak atau sedikitnya amal kebaikkan .

Abu Hurairah RA berkata ; Bersabda Rasullullah SAW ; Allah SWT berfirman :
” Apabila Aku menguji hambaku yang beriman, kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, maka Aku lepaskan ia dari ikatanku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari semula, dan ia boleh memperbaharui amal sebab yang lalu telah diampuni semua .”

Diriwayatkan Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada salah seorang Nabi AS :
” Aku telah menurunkan bala (ujian) kepada seorang hamba maka ia berdoa dan tetap Aku tunda permintaannya. Akhirnya ia mengeluh, maka Aku berkata kepadanya; Hambaku, bagaimana Aku akan melepaskan daripadamu rahmat yang justru bala itu mengandung rahmatku. Kerana dengan segala kelakuan kebaikkanmu kau tak dapat sampai ke tingkat yang akan Aku berikan kepadamu, maka dengan bala itulah kau dapat mencapai tingkat dan kedudukan di sisi Allah SWT .”

( Nasihat Agung Ibnu Atha’illah )

¤——•——¤@

Cinta

💚💚 ​۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞​💚💚

Tidaklah mungkin kamu mencintai sesuatu kecuali kamu pasti banyak mengingatnya.

💓💓 ​۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞​💓💓

Cuci cermin.

Sedang aku mengisi minyak kereta datang seorang pekerja pam attendan bangla menegurku

“Bang, cuci cermin?” Ujar pam attendan Petronas itu kepada aku.

“Oh ok.”

“Nama siapa?” Tanyaku.

“Ibrahim.”

“Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim.”

Dia senyum.

“Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim.”

“Abang ada korban ini tahun?”

“Ada.” (malu sebenarnya niat je…bayar korban belum lagi..)

“Abang bagus.”

“Kamu?” Tanyaku.

“Ada bang. Tiap tiap tahun.”

“Wahhh … hebat. Banyak duit kamu?”

“Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan.”

“Alhamdulillah.”

“Saya sayang allah dengan nabi. Sebab nabi tunjuk saya agama.”allah bagi saya agama..

Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.

Seorang yang bergaji rm900 mencintai allah dan nabinya! Kita?

Aku letak pam. Hulur rm5.

Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.

Kenapalah berat nak berkorban sedangkan allah dah bagi aku macam macam dalam tempoh 40 tahun…..allah nak tengok ikhlas ke tak aku ni..yang dia terima amalan korban tu bukan dia perlukan pun daging korban tu…daging korban tu aku juga yang makan…sikit/banyak bagi ke orang lain..

Moga niat aku kuat dan terlaksana…amin

😭😭

#muhasabahdiri
#kreditPenulisAsal

Amalan.

📌Dalam amalan Tarikat Naqsabandiyah Khalidiyah, ada disiplin ilmu yg di sampaikan oleh Sheikh Mursyid secara jln bersuluk dilatih secara beperingkat peringkat hingga sampai ke maqam yg di sebut “Muraqabah Ma’iyah, disana murid di beri memasang kafiat duduk muraqabah secara bertafakur, latihan ini perlu sekurang sekurangnya duduk selama 3 hingga 5 jam agar mujahadah ini dpt sempurna hadir perasaan “Dengan Allah Bagi Allah” sehingga meningkat kpd hadir hati ” Berserta Allah” dlm membawa amalan zikir muraqabah ini, pada biasanya kafiat yg di beri diantaranya ayat

“وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُم”ْ

“Dan Dia berserta kamu barang dimana ada kamu” [QS. Al-Hadiid : 4].

📌Amalan ini perlu sentiasa disucikan dgn berpegang kpd
Hadis Nabi SAW ” WAKA HALLAH HU WALA SYAI’IN MA’AHU” Artinya Adalah bagi Allah itu tiada sesuatu sertanya

📌Cara pemakian kafiat ini spt dibawah ini:

“ALLAH BERSERTA KAMU TETAPI BAGI ALLAH ITU TIADA SESUATU SERTANYA”

Waullahu allam

Tasawuf

🌴🌴🌴🌴🌴🌾🌾🌾🌾🌾
📿Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:

🔏Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat?

🔏Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

🔏Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama’ namakan dengan ilmu “Tasawwuf” dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya’irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy’ari dan bermazhab Syafi’e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

🔏Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi’e, beraqidah Asy’ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

🔏Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi’e, beraqidah Asy’ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit menawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

🔏Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana “teknologi” mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

🔏Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

🔏Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab, jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha’iyyah untuk sesatkan benua asia.

🔏ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Kiriman Al Zahrin BP