Cermin.

“Wajah sebenar ARAB SAUDI”

Tahukah kalian bangunan apa yang dilitupi dengan cermin di dalam gambar tersebut ? Dan dimanakah lokasi bangunan tersebut ? Ianya adalah salah satu bukti nyata kerajaan Arab Saudi telah jauh dari ajaran Rasulullah S.A.W.

Pertama sekali, Bangunan cermin itu adalah
Al-Ula Maraya concert hall , Lokasi bangunan cermin itu dibina di tempat warisan kerajaan Nabatae yang didiami Kaum Tsamud yang disebut sebagai “Madain Saleh/Kaum Nabi Saleh” terletak di suatu kawasan yang bernama “HIJR” antara Madinah & Tabuk, Ianya adalah satu tapak sejarah arkeologi yang diiktiraf UNESCO sebagai kembar bagi tapak bersejarah Petra di Jordan.

.
Baik sekarang kita pergi ke point utama , Apakah makna semua ini ? Mengapa mereka memilih tempat itu ? Mengapa saya mengatakan mereka telah jauh dari ajaran Rasulullah S.A.W ? Kalau kalian nak tahu sebenarnya ada satu hadis Rasulullah S.A.W yang melarang untuk mendekati tempat itu.

Di dalam perjalanan (ke Tabuk) pada 9Hijriah, Tentera Islam melalui kawasan Hijr tersebut yang merupakan kota peninggalan kaum Nabi Saleh. Ketika itu Rasulullah S.A.W dan para tentera Islam berehat dan mendirikan khemah tidak jauh dari luar Hijr – kota Nabi Saleh.

Oleh kerana di situ tiada air, Maka para Tentera Islam pergi berjalan mengambil air dari perigi yang berada di dalam kawasan kota kaum Nabi Soleh tersebut.

Apabila Rasulullah S.A.W mengetahuinya, Baginda Nabi dengan tidak semena² mengarahkan supaya semua air yang diambil dari kota itu dibuang. Dan memerintahkan mereka segera meninggalkan tempat itu kerana ia adalah penempatan kaum yang telah dimurkai oleh Allah.,

Dan Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila kamu melalui tempat tinggal kaum yang zalim, Maka percepatkan langkah kamu dan palingkanlah wajah kamu dan menangislah supaya kamu tidak ditimpakan azab seperti mereka telah ditimpakan azab”

Tentera Islam telah meninggalkan tempat itu dalam keadaan mereka tiada bekalan air. Mereka mengadu kepada Rasulullah ,

“Wahai Rasulullah kita telah kehabisan air.”

Rasulullah S.A.W lalu berdoa memohon kepada Allah S.W.T untuk menurunkan hujan.

Para sahabat menceritakan, “Ketika itu langit kosong dari awan tetapi sebaik sahaja Rasulullah S.A.W berdoa, Tiba² awan muncul dan berkumpul di atas kawasan tempat mereka lalu kemudian hujan pun turun.”

.
Kembali kepada Kaum Tsamud, Ibnu Katsir menerangkan, Kaum Tsamud adalah orang² yang tinggal di kota-kota Hajar yang terletak di antara Tabuk dan Madinah. Mereka hidup sesudah kaum Ad yang dimurkai Allah, Lalu Allah mengutus seorang rasul yakni Nabi Saleh kepada mereka agar tidak menjadi seperti kaum Aad.

Allah S.W.T firmankan perbualan antara Nabi Saleh A.S didalam surah Hud.

“Sesungguhnya kamu sebelum ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan. Apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapa² kami? “(Hud ayat 62).

Nabi Saleh berkata, “Hai kaumku, bagaimana menurut kalian jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku. (Hud ayat 63)

Maksudnya, Bukti yang meyakinkan dan tanda yang pasti yang membenarkan apa yang aku sampaikan kepada kalian ini.

Nabi Saleh berkata lagi “Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah, sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untuk kalian. Sebab itu, biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kalian mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan menyebabkan kalian ditimpa azab.

Dalam Surah Asy-Syu’ara ayat 155, Allah S.W.T berfirman: “Ini seekor unta betina, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kalian mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.”

Tersebutlah bahwa unta betina itu hidup bebas di lembah-lembah tempat mereka tinggal, datang dari suatu lembah dan keluar menuju lembah yang lain mencari kebebasan. Unta betina itu sangat besar tubuhnya dan mempunyai fizikal yang sangat cantik. Apabila unta betina itu melalui binatang ternakan yang lain, Maka semua binatang ternak akan memisahkan diri darinya kerana ketakutan dan tanda hormat.

Kaum Tsamud yang melihat dan memerhatikan perkara itu merancang untuk membunuh unta betina tersebut itu dengan tujuan agar giliran airnya dapat mereka peroleh setiap harinya.

Dipendekkan cerita unta tersebut pun dibunuh oleh kaum Tsamud yang dilaknat Allah itu. Imam Abu Jafar ibnu Jarir mengatakan bahwa penyebab terbunuhnya unta betina itu ialah kerana perbuatan wanita dari kalangan mereka yang menawarkan hadiah yang besar bagi sesiapa yang dapat membunuh unta tersebut.

Ketika Nabi Saleh A.s melihat unta betina itu sudah tidak bernyawa kerana telah disembelih, Nabi Saleh Ia menangis dan berkata mereka akan diazab Allah.

Pada petang harinya dan pada hari yang sama, Sembilan orang lelaki kaum tsamud merancang akan membunuh Nabi Saleh. Mereka mengatakan, “Jika dia benar, maka bererti kita mendahuluinya mati sebelum kita mati (kerana azab). Jika dia dusta,Maka kita timpakan kepadanya nasib yang sama seperti yang dialami untanya itu.”

Ketika mereka sepakat dan tekad untuk membunuh Nabi Saleh A.s pada waktu malam, Allah mengirimkan batu-batuan yang membendung mereka untuk sampai kepada Nabi Saleh A.S

Pada pagi keesokannya wajah mereka serta para kaum Tsamud yang lain berubah warnanya menjadi kuning, Keesokan harinya pula wajah mereka berubah menjadi merah.

Pada hari ketiga wajah mereka berubah menjadi hitam. Dan pada pagi hari esoknya lagi mereka dalam keadaan kaku dan duduk menanggung azab Allah dan seksa-Nya. Mereka tidak mengetahui apakah yang harus mereka lakukan.

Dan ketika Matahari terbit dengan cerahnya, dan datanglah kepada mereka suatu teriakan dari langit . Maka semua roh mereka sekaligus dicabut serentak dalam keadaan terkejut dan kesakitan. Maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan. (Surah Al-Araf ayat 78)

Ketika itu tidak ada seorang pun yang tersisa dari keturunan kaum Tsamud melainkan Nabi Saleh Alaihi salam beserta orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul. Demikianlah sedikit sebanyak mengenai Kaum Tsamud yang diazab Allah.

Tapi cuba lihat, Malah kerajaan Arab Saudi membina pula tempat hiburan di penempatan kaum Tsamud tersebut. Jadi inikah negara yang kalian banggakan dan ikuti ? Inikah negara yang kalian jadikan contoh kononnya mereka pun solat jarak jadi kita pun kena ikut. Mufti mereka dan ulama mereka pun terima vaksin Pfizer jadi kita pun kenalah ikut. Mereka lebih faham agama beratus kali dari kita.

“Kalau nak menurut biar berakal , Kalau nak menurut biar pintar. Allah dah bagi akal dan banyak petunjuk siapa sebenarnya kerajaan saudi ini , Istana dajjal pun mereka telah bina, Hanya menanti kemunculan dajjal yang menhentak kakinya dan kedatangan Imam Mahdi bersama para tentera panji hitam untuk memerangi jazirah arab.”

*Jika kalian ragu² dengan post ini, Kalian boleh lihat sendiri festival yang telah mereka adakan di penempatan kaum Tsamud ini yang Rasulullah S.A.W menyuruh kita ummat islam untuk jauhinya. Pada link ini https://m.facebook.com/pg/mmggroupe/posts/

Kredit: Tengku Daeng Mawelle

📝 Serai Padang

#CPK